fb fb fb fb fb

Anak autisme: Kerajaan berhasrat tubuh lebih banyak PPDK HFA

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun)

CYBERJAYA, 10 September- Daerah Sepang, Selangor dipilih projek rintis bagi meningkat dan mempromosikan pendaftaran orang kurang upaya (OKU) secara agresif bermula hari ini sehingga 31 Oktober depan.

Justeru, ibu bapa dan penjaga disaran agar dapat memastikan anak-anak istimewa didaftarkan, agar mereka menerima kesemua manfaat yang telah disusun bagi golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun turut memaklumkan hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Autisme Berkefungsian Tinggi, (PPDK HFA) di seluruh negara yang memberi fokus kepada mengembangkan potensi kanak-kanak istimewa.

Ketika ini terdapat dua pusat sahaja masing-masing PPDK Templer di Rawang dan PPDK HFA Cyberjaya.

"Memang menjadi hasrat kementerian untuk menambah bilangan PPDK HFA ini tapi kita perlu lihat pada keperluan kerana di PPDK kita ada pengkhususan tertentu.Kita harap lebih banyak PPDK ditubuhkan mengikut jenis ketidakupayaan agar anak-anak istimewa ini mendapat peluang pemulihan dan pendidikan yang sama," katanya.

Rina berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Orang Kurang Upaya (OKU) Prihatin Rakyat di Cyberjaya.


(Datuk Seri Rina merasmikan program Sentuhan Kasih OKU Prihatin Rakyat di Cyberjaya)

Statistik menunjukkan sehingga 30 Jun lepas, seramai 36, 601 individu di Malaysia disahkan sebagai autisme.

Daripada angka itu, seramai 24,748 individu terdiri daripada golongan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

PPDK merupakan inisiatif di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menumpukan kepada penyediaan premis dan kemudahan untuk pemulihan, pendidikan, aktiviti dan latihan khusus bagi mengintegrasikan OKU ke dalam masyarakat.

Media Baharu