KUALA LUMPUR, 1 April- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan sebuah sistem baharunya, Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS).
Menerusi kenyataan, SSM berkata sistem itu bertujuan untuk menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial syarikat.
Pelancaran sistem berkenaan sejajar dengan kewajipan syarikat untuk mengenal pasti, memperoleh, merekod, mengemaskini dan menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial pendaftar.
"Menerusi pelancaran e-BOS, tempoh peralihan yang diperkenalkan pada 1 Mac 2020 melalui ‘Guideline for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Legal Persons’ telah dimansuhkan.
"Ini selari dengan penguatkuasaan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 1 April 2024,"menurut kenyataan tersebut.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui e-BOS adalah notifikasi maklumat pemunyaan benefisial atau pengurusan kanan serta rektifikasi maklumat pemunyaan benefisial atau pengurusan kanan.