fb fb fb fb fb

SPRM kesan lelaki 50 tahun, bantu siasatan rasuah

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 24 Ogos- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan ialah Faidzul Abu Hassan, 50 tahun, yang alamat terakhirnya di C 30, Kampung Sri Kundang, Rawang, Selangor.

Bagaimanapun orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat, diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Hafizaizad Abdul Rahimdi menerusi talian 03-55256500 dan 013-3609203 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI