fb fb fb fb fb

SPRM Kelantan seru kerjasama masyarakat lapor salah laku rasuah jenayah rentas sempadan

KOTA BHARU, 25 Julai- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Kelantan memohon kerjasama masyarakat bagi melaporkan jenayah rasuah lebih-lebih lagi
melibatkan jenayah rentas sempadan.

Pengarah SPRM negeri Kelantan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Rosli Husain berkata, perkara itu penting agar pihaknya dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam membanteras jenayah tersebut.

Katanya, usaha memerangi rasuah perlu melibatkan semua golongan masyarkat dan pihaknya telah pun mempunyai rekod tindakan yang diambil selepas menerima maklumat berkait pemberi atau penerima rasuah.

“Kami mengambil tindakan, sejarah tindakan kami ambil tu memang ada dan sekiranya ada pihak-pihak penyeludup atau merasuah pihak penguatkuasa kita mengalu-alukan kerjasama daripada penguatkuasa untuk melaporkan kepada pihak SPRM.

"Sebab itu saya sebut dalam membanteras rasuah ini yang sangat penting ialah kita harapakn kerjasama daripada semua pihak," kata Rosli.

Beliau berkata demikian kepada sidang media sempena Program Dialog “Basmi Rasuah Hapus Jenayah Tanggungjawab Bersama” di Kota Bharu.

Mengulas lanjut beliau berkata, masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan kes rasuah kerana maklumat berkait identiti mereka dilindungi mengikut undang-undang yang wujud.

Menurutnya, pihak SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat dan pemberi maklumat dilindungi mengikut Seksyen 65 Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Maklumat 2010.


(Pengarah SPRM negeri Kelantan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Rosli Husain 
pada sidang media sempena Program Dialog “Basmi Rasuah Hapus Jenayah Tanggungjawab Bersama” di Kota Bharu.)

Media Baharu