fb fb fb fb fb

SPRM guna Interpol kesan menantu Muhyiddin

Foto SPRM

MERSING, 25 Februari- Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat semakan dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia juga bertujuan mendapatkan petunjuk terbaru tentang keberadaan individu tersebut.

SPRM turut berhasrat mendapatkan perkembangan terkini tentang notis merah yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Muhammad Adlan. 

"Jadi sekarang usaha masih dijalankan seperti mana saya sebutkan dulu kita telah memohon melalui pihak PDRM untuk dimasukkan sebagai 'wanted list' oleh pihak Interpol dan kita masih lagi berusahalah bukan dia seorang ada, seorang lagi itu peguam berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu SPRM Cawangan Mersing, di sini.

Muhammad Adlan berdepan pertuduhan di mahkamah, membabitkan beberapa dakwaan pecah amanah (CBT).

Ahli perniagaan itu dikesan meninggalkan negara bersama-sama peguam, Mansoor Saat pada Mei tahun lepas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM