fb fb fb fb fb

SPRM digesa siasat penerima 1MDB di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 16 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat penerima dana 1MDB bernilai RM700 juta di Pulau Pinang.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, semua penerima dana 1MDB bernilai RM700 juta perku disiasat. Ini kerana hanya pemberi disiasat setakat ini, namun penerima masih tidak disiasat.


(Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir)

"Ini saya nak tekankan. Satu lagi soal 1MDB, duit 1MDB RM700 juta di Pulau Pinang ini perlu disiasat," katanya yang juga ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam.

Sebelum ini, UMNO Pulau Pinang membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM700 juta bersumberkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebahagian besar daripada penama-penama tersebut tidak disiasat dan tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun terdapat jejak wang dan bukti-bukti jelas yang menunjukkan mereka menerima dana 1MDB.

Umno juga menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenalpasti sama ada tindakan berat sebelah berkenaan hasil campur tangan atau arahan daripada pemimpin-pemimpin berkepentingan tertentu dari kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Media Baharu