fb fb fb fb fb

Johor ungguli Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022

BESERI, 16 Oktober- Kumpulan Sky Nauts Kulai, Johor dinobatkan sebagai Johan pada Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022 dengan tajuk pengisahan Gagasan Malayan Union Ditentang, Kesejahteraan Rakyat Ditatang, Kemerdekaan Negara Dijulang.

Kejayaan ini sekali gus membolehkan kumpulan ini membawa pulang hadiah utama berjumlah RM6,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan dengan menewaskan lima lagi wakil negeri.

Naib Johan pula diungguli wakil Perlis iaitu Kumpulan Penglipur Indera Kayangan dengan tajuk Rosli Dhobi, manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan MAIDA Generation dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, program yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia ini berupaya menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam setiap jiwa dan sanubari Keluarga Malaysia.

Dengan tema tahun ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama, ianya bertepatan dengan konsep keharmonian dan hubungan perpaduan yang mendukung keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

"Kita lihat program ini cukup mendapat sambutan di mana kita menarik minat terutama anak-anak muda dalam sejarah negara dan juga mengenali tokoh-tokoh patriotisme di kalangan rakyat kita di mana dapatlah kita menaikkan semangat patriotisme. Kita harap mereka hendak sertai sebab program ini adalah di bawah Jabatan Penerangan dan kalau boleh melibatkan bakat lakonan dan industri kreatif, kita hendak libatkan agensi lain di bawah kementerian," ujar beliau ketika ditemui pada Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022 di Institut Kemahiran MARA, di sini.

Kumpulan Sky Nauts Kulai, Johor dinobatkan sebagai Johan pada Pertandingan Akhir
Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan yang memasuki edisi ke-20 sejak tahun 2003 ini akan terus dilaksanakan dan bakal diperluaskan penyertaan khususnya di kalangan pelajar sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

Media Baharu