fb fb fb fb fb

SPM 2023: 404 calon di Kelantan peroleh semua A

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohamad Abd Wahab /Foto RTM

KOTA BHARU, 27 Mei -Seramai 404 calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Kelantan memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran di ambil.

Daripada jumlah itu seramai sembilan calon mendapat keputusan semua A+.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohamad Abd Wahab berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2022.

"Jumlah ini mewakili 2.02 peratus keseluruhan calon Sekolah Kerajaan pada tahun 2023. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2022.

"Seramai 26,660 calon telah mendaftar peperiksaan SPM pada 2023, manakala calon yang menduduki peperiksaan pula seramai 25812 orang calon", katanya.

Bercakap pada sidang media sempena Majlis Pengumuman Keputusan SPM tahun 2023 di JPN Kelantan, Tunjong, di sini, Mohamad berkata seramai 18,356 orang atau 95.08 peratus daripada keseluruhan jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu di Kelantan layak mendapat sijil.

Ujarnya, Terdapat 58 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri iaitu 95.08 peratus dengan 44 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus termasuk 18 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Manakala 20 buah sekolah mencapai kelulusan 85 peratus ke atas berbanding 16 sekolah pada 2022.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil Banat, Kota Bharu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik iaitu 1.55 dan 51 sekolah lain turut menunjukkan GPS mengatasi Gred Purata Negeri (GPN).
 
GPN tahun 2023 untuk Kelantan ialah 4.72 berbanding 4.88 pada tahun sebelumnya; menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD