fb fb fb fb fb

SPED bantu usahawan kembangkan perniagaan, libatkan stokis, ejen

SHAH ALAM, 3 Ogos- Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) diperkenal bagi membantu usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan melibatkan stokis dan ejen. Keutamaan akan diberikan kepada produk yang dipasarkan ke kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM65 juta dana disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama kementeriannya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan awal skim berkenaan bermula hari ini.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Kita hendak beri konsep keterbukaan. Contohnya stokis hendak buka agen di bawah, kalau satu ejen perlukan RM10,000. Jika hendak buka lima ejen, lagi RM50,000 bila diluluskan tetapi tidak akan diberikan sekali gus. Kita hendak mengelakkan orang pinjam sehingga lima kali", katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran produk Aductive Food Sdn Bhd (Aductive) di sini.

Katanya, usahawan yang layak boleh memohon maksimum sehingga RM100,000.00 di Bank Rakyat dan SME Bank.

Media Baharu