fb fb fb fb fb

SPA terima lebih 1.27 juta permohonan kerja tahun lalu

Wilson Ugak

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merekodkan sebanyak 1,279,494 permohonan pekerjaan diterima oleh pihaknya tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak berkata, 94.8 peratus atau 1,213,316 permohonan daripadanya adalah golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun.

"Bagi urusan pelantikan ke jawatan tetap, SPA telah melantik seramai 20,762 calon dan sebahagian besar calon yang berjaya dilantik merupakan golongan belia iaitu seramai 19,044 orang.

"Ini bermakna kita tidak meninggalkan belia (kerana) 91.7 peratus berjaya dilantik," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad.

Tambah Wilson, SPA sentiasa  menjalin kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia bagi memberi panduan serta meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya golongan belia terhadap tata kelola pengambilan SPA, di samping menggalakkan masyarakat untuk menyertai perkhidmatan awam.

SITI AISHAH BINTI MD ISA