fb fb fb fb fb

KPM perkasa Pusat Kegiatan Guru, kurangkan jurang akses sumber pembelajaran murid

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Disember - 367 Pusat Kegiatan Guru dan 16 Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan telah diperkasa sebagai Pusat Kecemerlangan.

Usaha di bawah Inisiatif Pendidikan Digital itu dijangka selesai pada 2024.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia sekali gus mengurangkan jurang akses sumber pembelajaran murid terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Kesemua pusat ini dibekalkan dengan perlatan dan perkakasan studio digital dan hab penghasilan digital yang boleh digunakan oleh murid dan guru bagi meningkatkan kompetensi digital, membangunkan kandungan dan melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

"KPM juga telah menyediakan peranti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid di makmal komputer seluruh sekolah," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator, Dr. Wan Martina Wan Yusof di Dewan Negara. di sini.

Fadhlina turut memaklumkan, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan telah dilengkapi rangkaian jaringan internet.

"Sebanyak 4,957 sekolah disediakan dengan talian gentian optik , 4,681 sekolah disediakan talian jalur lebar tanpa wayar 4G dan 599 sekolah disediakan dengan talian satelit.

"KPM melaksanakan kelas hibrid untuk 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah bilik darjah," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN