PUTRAJAYA, 22 Mei- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang dalam usaha mencapai dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman bagi memastikan usaha itu dapat dipenuhi tumpuan diberi kepada penugasan mereka di dalam pejabat.
Kita masih cuba untuk mencapai tahap itu. Kita kena ingat, ada lagi suruhanjaya yang lain juga, memainkan peranan untuk lantikan contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Polis, Majlis Angkatan Tentera Malaysia dan juga suruhanjaya di negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masing-masing ada," kata Zainal kepada media hari ini, di sini.
(FOTO BERNAMA)
Tambah Zainal, pihaknya sentiasa memberi peluang kepada golongan itu selain mereka juga harus mempunyai syarat-syarat yang diperlukan skim berkenaan.