fb fb fb fb fb

Kaedah identifikasi TH, mudahkan urusan pergerakan jemaah Malaysia

MADINAH, 22 Mei - Jemaah haji Malaysia dilihat tidak mempunyai sebarang permasalahan berhubung pergerakan dalam melaksanakan aktiviti di bumi Madinah.

Ia termasuk pergerakan dari tempat penginapan ke kawasan sekitar, termasuk ke Masjid Nabawi.

Tanda pengenalan seperti kad nama dan beg logo Malaysia merupakan salah satu identifikasi yang memudahkan para jemaah haji mengenal pasti rakan seterusnya mengelak terpisah daripada kumpulan.

Tinjauan krew RTM pada sebelah pagi, selepas selesai solat Subuh menyaksikan para jemaah merancang untuk berkumpul di pintu gerbang tertentu, sebelum pulang ke penginapan.

Jika terpisah, mereka hanya perlu mencari jemaah lain dengan melihat beg atau kad yang digantung pada leher.


(Jemaah haji Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkongsi pandangan berhubung kecekapan
pengurusan TH di Madinah)

"Dengan adanya kad pengenalan dari TH ini, memudahkan kami urusan para jemaah untuk mengenali satu sama lain. Hanya tengok pada kad itu sahaja, senang nak buat pengecaman, kata pasangan suami isteri, Shahida Ali dan Mohd Suhaidi Abdul.

"Kalau terpisah, kita lihat pada kad pengenalan TH ini lah nak cari jemaah lain. Kemudian, kita berkumpul untuk bergerak lah," jelas Mohd Fuad Mohd Isa kepada pemberita.

"Kalau kita lihat pengurusan Tabung Haji (TH), ia amat mudah dan menyenangkan. Kalau mereka yang ambil dengan swasta, boleh tapi saya rasa mereka tiada kekuatan seperti Tabung Haji lah," kata Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin kepada pemberita.

Aktiviti kira-kira 600 jemaah haji daripada dua zon bermula selepas solat Subuh pagi tadi.

Ziarah dalam tersebut melibatkan ziarah ke Perkuburan Baqi' dan Makam Rasullullah SAW. 

Media Baharu