fb fb fb fb fb

'SOS Balance' Touch n Go dilancarkan, sokong kelancaran trafik

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 23 Januari- TNG Digital Sdn Bhd melancarkan 'SOS Balance' bagi pembayaran tol tanpa gangguan walaupun dengan baki tidak mencukupi bermula hari ini.

Perkhidmatan berkenaan tersedia secara percuma melalui TNG eWallet dengan menyediakan transaksi lancar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu merupakan satu inisiatif tepat dalam usaha menyokong aliran trafik lebih lancar dan menambah baik pengalaman perjalanan jalan raya secara keseluruhan.

"Pengguna terpilih akan mendapat keistimewaan untuk melepasi tol walaupun baki tidak mencukupi yang diberi had kredit hingga RM80 sehari. Jadi maknanya RM80 adalah kos pembayaran tol maksimum bagi perjalanan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian TNG Digital 'SOS Balance' di ibu negara.

Dengan pelaksanaan perkhidmatan itu ia juga memberi manfaat kepada pengguna dan pengendali lebuh raya dengan memperkemas aliran kerja kutipan tol dan mengurangkan masa transaksi.

Ketika ini pengunaan "SOS Balance" melalui lorong RFID terdapat di 31 lebuh raya semenanjung Malaysia.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI