fb fb fb fb fb

SOP program agama di masjid dan surau sepanjang Ramadan dan Aidilfitri diperhalusi

GEORGE TOWN, 23 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai program-program agama di masjid dan surau sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Ia melibatkan program seperti Qiyamullai dan Tazkirah dalam bulan Ramadhan sebelum dilaksanakan diseluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM), Datuk Dr Sirajudin Suhaimee berkata, perician SOP itu diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan ia dilaksanakan di setiap negeri.

Menurutnya, pengumuman mengenai SOP oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini merupakan SOP asas yang diputuskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, JAKIM perlu membuat penelitian sebelum mengemukakannya kepada pihak berkuasa agama masing-masing untuk tujuan pelaksanaan.

(Sirajudinberkata demikian selepas menghadiri
Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang)

"Kita akan panjangkan juga beberapa SOP yang lebih terperinci termasuk juga akan diperhalusi diperingkat jawatankuaa agama negeri, termasuk pelaksaaan program-program sepanjang Ramadan dan menjelang aidilfitri," kata Sirajudin di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah jemaah solat sunat tarawih yang dibenarkan, Sirajuddin menjelaskan umat Islam digalakkan menunaikan 20 rakaat di seluruh masjid dan surau setiap negeri.

Namun bilangan lapan rakaat dibenarkan dengan kelulusan pihak berkuasa agama negeri.

Media Baharu