fb fb fb fb fb

JMG syor penggunaan air bawah tanah sebagai alternatif gangguan bekalan air di Kedah

ALOR SETAR, 23 Mac- Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesyorkan sumber air bawah tanah sebagai alternatif bagi menangani isu gangguan bekalan air di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Suraya Yaacob berkata sumber air bawah tanah sangat sesuai dibangunkan dan ia juga berpotensi untuk digunakan bagi tujuan pertanian, akuakultur dan industri.

Katanya, penggunaan sumber air bawah tanah adalah langkah awal bagi mengatasi masalah bekalan air dan sesuai dibangunkan pada skala kecil mahu pun besar.


(Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Suraya Yaacob dan beberapa pegawai JMG melawat
tapak telaga tiub sumber air bawah  LRA Air Tupah)

"JMG mempunyai tiga projek pembangunan yang sedang berjalan antaranya ialah pembangunan penilaian rizab air bawah tanah negara pembangunan sumber air tanah di kawasan-kawasan bermasalah bekalan air bersih dan projek penggunaan air bawah tanah sebagai sumber air di Loji Rawatan Air (LRA) yang menghadapi kekurangan sumber air."

"Langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah bekalan air, JMG turut membantu membina telaga tiub di Kampung Kota Siputeh (Jerlun), Kampung Ulu Legong (Baling), Maahad Din (Sik), LRA Merbok, LRA Tupah dan LRA Gurun," kata Suraya ketika menjawab soalan tambahan PAS Tanjung Dawai, Hanif Ghazali dan PAS Kuala Nerang, Mohamad Munir Zakaria berkaitan status dan alternatif telaga tiub bagi mengatasi masalah bekalan air.

 

 

Media Baharu