fb fb fb fb fb

BAGUS, bantu selesai isu perceraian dan nafkah tertunggak

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) akan ditubuhkan bagi membantu umat Islam dalam kalangan B40 menyelesaikan isu berkait perceraian dan nafkah tertunggak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BAGUS menyediakan khidmat nasihat undang-undang secara percuma berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan di Mahkamah Syariah.

Termasuk khidmat bantuan guaman secara percuma mewakili pihak-pihak untuk membuat atau menjawab tuntutan di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum dan dibiayai kerajaan.

Penubuhan Pusat Bantuan Guaman Syarie melibatkan dana kira-kira RM5 juta untuk tempoh tiga tahun.

(Perdana Menteri memaklumkan perkara itu dalam sidang media
selepas pertemuan dengan wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia di Parlimen)

"Mana-mana bekas isteri yang ingin membawa kes ke mahkamah atau membela diri di mahkamah dibantu dari segi khidmat guaman, kerana kita nak pastikan setiap bekas isteri apabila ke mahkamah mesti mempunyai peguam bagi mendaptkan keadilan yang terbaik kepada mereka," menurut Ismail.

Projek rintis akan dilaksana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum diperluas ke negeri-negeri lain.

Sementara itu Ismail mencadangkan, permohonan cerai di Mahkamah Syariah diselesaikan serentak dengan tuntutan nafkah anak-anak.

Ia bagi mengelak terlalu lama masa diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan hingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat keadilan.

Justeru, mahkamah perlu mendapatkan maklumat lengkap mengenai nafkah serta pendapatan suami isteri bagi menyelesaikan isu penceraian.

Cadangan tersebut tidak melibatkan pindaan atau peruntukkan undang-undang baharu, kerana ia hanya amalan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Perbincangan mengenainya akan dibuat bersama Kementerian Kewangan.

Media Baharu