KUALA LUMPUR, 8 Februari - Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti umrah akan berkuat kuasa Isnin depan, 14 Februari.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, "Agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tahan Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA Malaysia mewajibkan dos penggalak dan membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan HQA".
Jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri.
Jemaah umrah yang ke arab saudi bermula hari ini sehingga 13 Februari, terikat dengan sop sedia ada.
Bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, diwajibkan mematuhi SOP baharu yang telah dikuat kuasakan.