fb fb fb fb fb

SOP baharu berkaitan COVID-19 diumum pada Selasa

PUTRAJAYA, 6 Januari- Prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan COVID-19 atau protokol berkaitan kemasukan pengembara dari luar negara akan diumumkan, Selasa ini.

Menurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, pihaknya sedang mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Kita akan adakan satu sesi dengan media pada hari Selasa ini untuk menerangkan segala berkaitan COVID-19. Media boleh bertanya sebarang soalan pada sesi tersebut.

"Sekarang ini kita memang ada perbincangan dengan pemegang taruh dan kita akan laksanakan atau perkemaskan seperti yang disebut oleh Perdana Menteri.

"Bagi kawalan di pintu masuk, kita akan memerhatikan kemasukan pengunjung dengan lebih ketat selain mengenakan tindakan kepada mereka yang bergejala," katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kesihatan KKM di sini.

Beliau menegaskan, KKM akan terus memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemunculan subvarian Omicron yang baharu.

Beberapa langkah telah diambil berdasarkan pengalaman berhadapan varian Delta termasuklah menilai secara dekat perkembangan mutakhir; mengukuhkan aktiviti survalens di pintu masuk utama serta saringan ke atas pengunjung yang bergejala.

Ia bagi mengawal risiko jangkitan COVID-19 dan melindungi sistem kesihatan awam negara.

(Zaliha Mustafa)

Media Baharu