fb fb fb fb fb

Dua beranak asnaf hadapi masalah kesihatan perlu bantuan kewangan, keperluan asas

JOHOR BAHRU, 6 Januari- Dua beranak asnaf, Abd Hameed Uthman, 82 tahun, dan Hathijah Beevi Abd Hameed, 50 tahun, memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas kerana kedua-dua mereka mengalami masalah kesihatan.

Mereka kehilangan mata pencarian selepas anak lelaki yang bekerja meninggal dunia pada tahun 2015, dan kini bergantung pada bantuan RM600 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitumal.

Daripada jumlah tersebut, RM300 digunakan untuk membayar sewa rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Cendana, Pasir Gudang.

Manakala RM200 lagi digunakan untuk menampung kos perubatan kencing manis dan darah tinggi.

Abd Hameed juga menghidap penyakit jantung, dan patah pinggang kanan, manakala Hathijah menghidap ketumbuhan otak, dan baru menjalani pembedahan kedua pada 26 Disember lalu.

Kebajikan harian mereka dipantau rakan-rakan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk urusan menghantar makanan dan pengangkutan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bagi meringankan beban mereka, pihak pasar taya tempatan tampil member bantuan RM1,000 dan barang keperluan asas.

(Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada nombor akaun Public Bank 6897518224, milik
Hathijah Beevi Abd Hameed)

"Jadi hari ini alhamdulilah kami dapat sumbangkan lampin pakai buang, barangan dapur, tilam, jadi ada sedikit kelengkapanlah. Jadi kami harap dengan bantuan hari ini dapat meringankan beban sikitlah keluarga Encik Hameed ini. Jadi kami harap di luar sana tu ada yang nak bantu Encik Hameed tu kita alu-alukan," kata Pengurus Besar Mas, Imran Adam.

"Selalu telefon, tidak banyak bantu, ini orang bantu, sini orang semua Melayu. Orang mahu kasi makan ke, dia bantu. Dulu saya meniaga, meniaga kedai. Sudah lama berhenti, kedai pun tidak boleh bayar sewa, jadi kedai diorang tarik," luah Abd Hameed.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada nombor akaun Public Bank 6897518224, milik Hathijah Beevi Abd Hameed.

Media Baharu