fb fb fb fb fb

Makam Raja Busu di Lukut dinaik taraf

PORT DICKSON, 6 Januari- Makam Raja Busu atau Almarhum Raja Hassan Almarhum Raja Muda Nala dinaik taraf membabitkan kos RM249,000.

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah berkata penambahbaikan makam bersejarah itu bakal menjadikannya destinasi tarikan para pengkaji sejarah.

Mereka yang berminat untuk menjalankan kajian di tapak berkenaan perlu memaklumkan lebih awal kedatangan mereka.

"Pihak JAIS, untuk buat lawatan tapi kalau nak buat kajian kena maklumkan kepada kedua-dua pihak, pihak PADAT pun kena maklum sebab kami nak pantau sebab kajian saya takut dia tidak mengikut prosedur yang betul.

"Dia buat tiba-tiba dia gali makam ini, kalau dia kata dapat kebenaran siapa yang bagi kebenaran, kalau tiada surat kita tak benarkan," katanya.

(Borhan Aman Shah)

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Makam Raja Busu di Lukut, di sini hari ini.

Almarhum Raja Busu merupakan cucunda Almarhum Sultan Salehuddin Shah atau Raja Lumut yang merupakan Sultan Selangor pertama.

Media Baharu