fb fb fb fb fb

Solidariti Palestin, YaPIEM sumbang RM350,000 ke Tabung Musaadah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 29 November- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan bantuan sumbangan berjumlah RM350,000 bagi membantu rakyat Palestin.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu akan disalur menerusi Tabung Palestin Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

"Semoga sumbangan sejumlah RM350,000 ini akan dapat membantu meringankan segala kesengsaraan, meringankan kesukaran kehidupan penduduk-penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Maka, kita masih lagi menerima sumbangan daripada agensi-agensi dan juga daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya," kata Na'im kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan YaPIEM dan juga mesyuarat pasca kabinet yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Menurutnya, sumbangan yang berjumlah RM300,000 tersebut adalah dari tabung amanah YaPIEM dan baki RM50,000 tersebut adalah daripada kutipan kakitangan YaPIEM bersama cawangan Ar Rahnu YaPIEM di seluruh negara.

Selain itu, Datuk Naim turut mengajak orang ramai untuk turut sama menyumbang ke Tabung Musaadah JAKIM-YWM bagi membantu membina semula kehidupan masyarakat di Palestin.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk hanya menyumbang kepada Tabung Musaadah JAKIM-YWM atau akaun amanah Wisma Putra sahaja bagi mengelakkan unsur penipuan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM