fb fb fb fb fb

Solidariti Palestin, PDRM gesa orang ramai guna saluran betul

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa masyarakat menggunakan saluran yang aman sejahtera dalam menyuarakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata masyarakat yang ingin menyalurkan bantuan dinasihat menyemak kesahihan wakil pengurusan yang menguruskan sumbangan serta mengambil langkah teliti mengelak menjadi mangsa scammer.

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain / FOTO FAIL)

"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman juga akan meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak dikesan cuba mengambil kesempatan," kata Razarudin menerusi kenyataan.

Razarudin turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada agar tidak terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan.

"PDRM telah menggerakkan elemen berkaitan khususnya cawangan khas bagi memastikan tiada penglibatan rakyat Malaysia sehingga mewujudkan risiko keselamatan diri," kata Razarudin.

Media Baharu