fb fb fb fb fb

Solidariti Palestin, Malaysia sokong gesaan sidang khas tergempar PBB diadakan esok

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Malaysia menyokong gesaan Sesi Khas Tergempar Ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang akan diadakan esok.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Malaysia bersama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor Leste dan Vietnam menyokong permintaan Liga Arab dan pertubuhan Kumpulan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyambung semula sesi khas darurat Perhimpunan Agung tersebut.

Gesaan itu berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pembantaian terhadap Palestin dihentikan bagi memberi ruang kepada bantuan kemanusiaan.

"Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa Palestin berhak mendapat negara merdeka dan berdaulat serta bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak ke arah penyelesaian konflik secara aman dan damai," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Malaysia turut menggesa agar semua tindakan keganasan dihentikan serta-merta termasuk tindakan keganasan, provokasi, hasutan dan pemusnahan ke atas Palestin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM