fb fb fb fb fb

Solat hajat untuk Maghribi, Libya dan Sudan

KUALA LUMPUR, 17 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin esok (18 September) selepas maghrib.

Ia bagi mendoakan mangsa-mangsa terlibat dalam tragedi gempa bumi di Maghribi, banjir besar di Libya dan konflik di Sudan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar menerusi satu kenyataan merakamkan ucapan, "takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa serta mendoakan kelancaran urusan mencari dan menyelamat mangsa khususnya di Maghribi dan Libya."

Menerusi kenyataan tersebut, "seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama."

Justeru itu, Mohd Na'im menasihatkan seluruh masyarakat bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat Maghribi dan Libya serta segala usaha perdamaian akan berjaya menyelesaikan konflik yang tercetus di Sudan.

Dalam pada itu, masyarakat juga boleh menghulurkan apa jua bentuk bantuan kepada penduduk terjejas susulan bencana tersebut.

(Tangkap layar kenyataan Dr. Mohd Na'im Mokhtar)

Media Baharu