fb fb fb fb fb

Malaysia sokong ASEAN-China muktamad naik taraf ACFTA

NANNING, 17 September- Malaysia kekal menyokong dan memuji usaha ASEAN dan China untuk memuktamadkan rundingan menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 menjelang 2024.

Rundingan menaik taraf ACFTA 3.0 yang sedang berjalan adalah penting untuk pemulihan pasca pandemik COVID-19 selain meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan ASEAN-China, dan memastikan aliran bebas barangan dan perkhidmatan. 

Anwar berkata, "penglibatan nidang-bidang pertumbuhan baharu merangkumi ekonomi digital, ekonomi hijau, ketersambungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS)."

ACFTA merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pertama dengan pihak luar yang ditandatangani oleh ASEAN sejak dilaksanakan pada 1 Januari 2010.

Anwar turut menegaskan perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah bukti komitmen ASEAN dan China terhadap integrasi ekonomi.

Ia bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan dan keterbukaan pasaran semasa serta cabaran global mampu diatasi Malaysia-China. 

Dalam pada itu, ASEAN kekal sebagai destinasi terbaik untuk pelaburan antarabangsa dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5% pada tahun 2022, dengan unjuran 4.6% pada tahun ini. 

Nilai itu sekali gus menjadikan ASEAN jauh melebihi purata global, yang diramalkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 3.5% untuk 2022, dan 3.0% untuk 2023 dan 2024.

Anwar dalam ucapan Pembukaan Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) berkata, "ia adalah penting bagi ASEAN dan China untuk mempelbagaikan strategi perdagangan dan pelaburan mereka." 

Perkara itu disebabkan ASEAN turut mengalami pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19 dengan cabaran lebih kritikal bagi PMKS.

Bagaimanapun di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang 85% kepada guna tenaga, keluaran dalam negara kasar (KDNK) (48%) dan eksport negara di ASEAN (18%).

CAEXPO adalah platform terbaik bagi pertumbuhan ekonomi ASEAN dan China untuk mempergiatkan kerjasama dalam PKS selain memperkasakan sektor itu dan ekonomi digital untuk berkembang maju.

Platform itu berfungsi sebagai pemangkin untuk rangkaian perniagaan, tetapi juga sebagai hab untuk kerjasama inovatif, usaha niaga keusahawanan dan merangsang pemulihan ekonomi.

Sepanjang 19 edisi CAEXPO yang lalu, syarikat Malaysia telah mencapai hasil membanggakan dalam pasaran China dan ASEAN. 

(Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO))

Media Baharu