fb fb fb fb fb

Solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk umat Islam di Gaza - Na'im

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Masjid- masjid utama bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menganjurkan solat hajat dan bacaan doa Qunut Nazillah malam ini, selepas solat Isyak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata solat hajat itu diadakan bagi mendoakan kesejahteraan saudara Islam di bumi Gaza, Palestin susulan pergolakan yang berlaku di negara tersebut. 

Beliau menerusi kenyataan menyeru seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melaksanakan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.

Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri turut disaran untuk sama-sama mengadakan Solat hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing.

Beliau turut mendoakan agar umat Islam di bumi Gaza, Palestin dalam keadaaan selamat dan sejahtera dan diberikan kesabaran yang tinggi berhadapan dengan ujian ini.


(FOTO AFP)

Media Baharu