fb fb fb fb fb

Sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan amat positif -Fahmi

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 22 April- Sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sesuatu yang positif.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beberapa dapatan kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sentimen yang baik dalam kalangan rakyat.

Katanya, bagaimanapun kerajaan tidak boleh leka dan dibuai mimpi walaupun rakyat menyokong usaha kerajaan ketika ini.

"Ini waktu kita untuk kerja keras bukan sahaja untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga segera selesaikan masalah rakyat.

“Dapatan Jabatan Perangkaan terhadap tahap peningkatan inflasi juga berkurangan kepada 3.4 peratus, ini bermaksud ikhtiar kerajaan berjaya kawal peningkatan harga barang… tetapi banyak lagi yang perlu kita lakukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut hadir Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kanan) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Ramah
Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri, Anggota
Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Kerabat
dan Dif-Dif Kenamaan di Istana Negara)

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan sedang merangka strategi yang sesuai khususnya untuk mendekati pengundi muda.
menjelang persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Kita perlu rangka strategi mengikut tempat agar kita dapat sampaikan mesej kepada mereka… kita faham setiap kumpulan ada strategi komunikasi yang berbeza,” katanya.

Enam negeri yang dijangka melangsungkan PRN tahun ini melbatkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu

Media Baharu