fb fb fb fb fb

SMKA seluruh negara anjur solat hajat, doa selamat untuk misi GSF

Pelajar-pelajar SMKA di seluruh negara mula melaksanakan solat hajat dan doa selamat setiap hari bagi mendoakan kejayaan serta keselamatan misi Global Sumud Flotilla ke Gaza / Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 30 September- Semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara mula melaksanakan solat hajat dan doa selamat setiap hari bagi mendoakan kejayaan serta keselamatan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Inisiatif itu dilaksanakan sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap konvoi bantuan yang kini semakin menghampiri zon berisiko tinggi sebelum sampai ke pesisir Gaza.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, solat hajat diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kelancaran misi kemanusiaan, di samping mendoakan keselamatan sukarelawan serta semua yang terlibat.

“Tiada apa yang lebih penting pada ketika ini selain bersolidariti dan berdoa agar konvoi ini selamat sampai serta misi kemanusiaan yang direncana berjaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Misi GSF yang membawa puluhan kapal bantuan antarabangsa kini berlayar menuju Gaza dengan tujuan memecahkan sekatan Israel serta menghantar bekalan perubatan dan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN