fb fb fb fb fb

SMK Labuan 'Reunion', 185 bekas pelajar dan 15 bekas guru hadir

LABUAN, 27 Jun- 185 bekas pelajar dan 15 bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan memeriahkan Majlis Perjumpaan Semula sempena ulang tahun ke-100 sekolah tersebut.

Kehadiran melibatkan bekas pelajar tahun 1982 hingga 1991 dan bekas guru yang telah menabur bakti di sekolah tersebut.

Sekolah menengah yang terletak tidak lebih 5 kilometer dari pusat bandar itu telah melahirkan beberapa lepasan sekolah yang telah mengharumkan nama Labuan serta penggerak pembangunan pulau itu.

Antara yang hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad, Pengarah Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd dan Pengerusi Hawa Labuan, Fauziah Datuk Mohd Din.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan, Reyhana Bintang RTM dan Hasnol selain cabutan bertuah.


(Bekas pelajar yang hadir ke majlis perjumpaan semula sempena sambutan ulang tahun ke-100
SMK Labuan nyata mengubat kerinduan dapat bersama rakan-rakan)

Media Baharu