KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Bagi memperluas kemahiran pembuatan produk kraf kepada tenaga pengajar Penjara Marang, program peningkatan kemahiran antara kedua-dua jabatan dianjur.
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Fazlin Mohamad Zaki berkata fokus diberi kepada tiga bidang kraf.
Antaranya batik blok, teknik songket dan tembaga.
Menerusi latihan kemahiran selama empat hari itu, ia akan diperluas kepada banduan sebagai persiapan berdikari selepas dibebaskan.
"Program ini kita dengan harapan kemahiran ini dapat diperluaskan lagi kepada komuniti-komuniti baru termasuklah usahawan dan juga komuniti baru yang akan kita bangunkan dari segi kemahiran yang ada ini dan dapat memperluaskan dan memajukan lagi industri kraf tempatan," kata Fazlin ketika ditemui pemberita RTM selepas sesi pembukaan latihan kerjasama kemahiran pembuatan produk kraf, di sini.
Lepasan SPM pula dipelawa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kraftangan di Institut Kraftangan Negara di Rawang, Sabah dan Sarawak.
Pengambilan baharu bermula Julai ini menawarkan pelbagai bidang berkaitan di peringkat sijil dan diploma.
(Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Fazlin Mohamad Zaki berucap dalam Majlis Pembukaan
Program Latihan Kerjasama Kemahiran Pembuatan Produk Kraf di Kuala Terengganu)