fb fb fb fb fb

Penyakit misteri durian Musang King di Kelantan kini dalam radar Jabatan Pertanian

TANAH MERAH, 27 Jun- Penyakit misteri durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli, Kelantan kini mendapat perhatian pihak Jabatan Pertanian Negeri.

Difahamkan pihak berkenaan telah menerima laporan berkaitan serta turun padang bagi mengetahui keadaan sebenar.

Siasatan awal mendapati, kadar atau peratus kerosakan adalah berbeza bergantung kepada keadaan kebun dan pengurusan.

Antara penyebabnya adalah kelembapan ladang yang tinggi disebabkan hujan berpanjangan bermula Februari.

Bagaimanapun sampel telah diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Sementara itu, pengusaha durian Musang King menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan pensijilan piawaian durian bagi menjamin kualiti seperti yang bakal dilakukan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Perak.

"Kita boleh dikatakan bukan setakat 100% tapi 1,000% kita sokong. Sebab tujuan kita buat benda ni kita nak hasil dia itu," kata Che Mohd Zaid Che Hasan kepada RTM.


(Pengusaha durian Musang King, Che Mohd Zaid Che Hasan)

"Boleh, kita setuju kalau kerajaan nak buat gok molek baru ni kita pakat jual gini jah la orang kampung nak. Setuju sangatlah kalau nak buat macam itu, kita sokong lah memang nak buat syaratnya jadilah," kata Tuan Nadir Tuan Idris kepada RTM.

"Memangla dari segi kualiti tu kena cantik, kalau nak cap SIRIM tu, semak biar puas hati kebun apa nak kena jaga, biar hasil dia cantik. Jadi, memang cop SIRIM ni memang kita nak keluarkan hasil yang bermutu," kata Che Musa Yaakob kepada RTM.

Ketika ini SIRIM Perak bersama Jabatan Pertanian Negeri dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

Media Baharu