fb fb fb fb fb

SMK Hang Kasturi sekolah rintis Kampung Digital

FOTO RTM

MASJID TANAH, 15 April- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi dipilih sebagai sekolah rintis bagi Inisiatif Kampung Digital yang diperkenalkan di Melaka, bertujuan memudahkan pengesanan lokasi pelajar secara tepat, khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan memberi fokus kepada pengurusan data pelajar, pemantauan kehadiran, komunikasi antara ibu bapa dan pihak sekolah, serta aspek keselamatan pelajar secara keseluruhan.

Sehubungan itu, proses pengedaran alamat digital baharu akan dilaksanakan secara berperingkat, membabitkan 317 buah sekolah di seluruh negeri dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2025.

"Mendahului pelaksanaan ini, kerajaan negeri telah meneliti pelbagai pendekatan pengurusan komuniti dengan memperkenalkan sistem Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. kepada semua penduduk yang berdaftar sebagai Penduduk Digital Melaka.

"Akaun sama juga akan digunakan oleh pihak sekolah sebagai medium interaksi antara sekolah dan komuniti, terutamanya ibu bapa dalam mengurus hal persekolahan anak-anak," katanya dalam Majlis Pelancaran Sekolah Rintis Inisiatif Kampung Digital hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka menyambut baik pelaksanaan tersebut kerana ia membantu memperkemas proses pengesahan identiti dan pendaftaran pelajar.

"Ini beri impak positif kepada warga pendidik, terutamanya dalam mengenal pasti maklumat pelajar dengan lebih berstruktur secara digital. Contohnya, jika pelajar tidak hadir ke sekolah, guru boleh menjejaki berdasarkan alamat digital yang diberikan, dan siasatan lanjut dapat dijalankan, selain membolehkan ibu bapa dihubungi secara terus," kata Pengarah Pendidikan Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut memohon agar Jabatan Pendaftaran Negara mempertimbangkan pengecualian bayaran bagi proses pertukaran alamat rumah yang terlibat di bawah inisiatif ini, yang dianggarkan berjumlah RM2.721 juta.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE