fb fb fb fb fb

SKSSR Melaka catat lebih 6,000 pencarum

AYER KEROH, 24 September - Lebih 6,000 suri rumah di Melaka mencarum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), setakat 10 September lalu.

Pengarah PERKESO Melaka Abd Razak Omar, berkata angka itu menunjukkan perkembangan positif golongan suri rumah, yang semakin peka mendapatkan perlindungan jika berlaku kemalangan.

"Jadi sekarang ini baru tujuh bulan dan kita telah menjalankan aktiviti yang agresif untuk kesedaran kepada semua golongan ini untuk mendaftar skim ini, kalau kita tengok bawah skim SKSSR ini ia dia bukannya suri rumah semata-mata mereka yang belum berkahwin, mereka yang bekerja separuh masa, sepenuh masa atau pun mereka yang bekerja kerajaan, ini lah platform untuk mereka mencarum bawah PERKESO," kata Abd Razak, pada Program Pemimpin Bersama Masyarakat SKSSR di Ayer Keroh yang disempurnakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, di sini.

Antara langkah proaktif PERKESO bagi menggalakkan suri rumah mencarum termasuklah mengadakan hebahan promosi dengan pejabat parlimen di Melaka, sesi libat urus bersama-sama pemimpin dan masyarakat serta kerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Beliau optimis hasil usaha berterusan itu, akan meningkatkan lagi kesedaran suri rumah untuk mencarum SKSSR .

(Pengarah PERKESO Melaka Abd Razak Omar)

Pada program berkenaan, Adam turut menaja SKSSR kepada 140 suri rumah di parlimen Hang Tuah Jaya dengan nilau keseluruhan RM13,200.

Media Baharu