fb fb fb fb fb

Mayat wanita terbenam di Pantai Puteri, punca sedang dikenal pasti

MELAKA TENGAH, 24 September- Mayat wanita lengkap berpakaian tanpa identiti ditemukan orang awam di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka sekitar pukul 8.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terbenam ke dalam pasir.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur jenayah di badan mangsa.

Mangsa yang dianggarkan berusia 20 tahun itu, dipercayai warganegara selepas pemeriksaan lanjut menemui kesan suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).

Namun, pihak polis masih dalam proses mengenal pasti identiti mangsa melalui cap jari.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penemuan mayat itu, hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu