fb fb fb fb fb

MAIPs pertingkat sistem digitalisasi

KANGAR, 24 September- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan melancarkan Sistem Bayaran Dalam Talian melalui laman portal rasmi, 'www.maips.gov.my’ yang terkini.

Sistem bayaran itu merupakan sebahagian daripada inisiatifnya selaras dengan Pelan Digitalisasi MAIPs 2023-2027 dan Pelan Strategik MAIPs 2021- 2025 selain penambahbaikan kepada sistem bayaran dalam talian sedia ada yang telah diperkenalkan oleh MAIPs sebelum ini yang hanya merangkumi perkhidmatan bayaran sumbangan zakat.

Antara keistimewaan sistem berkenaan adalah turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs.

Selain itu, pemantapan platform itu turut dimantapkan kepada gerbang pembayaran dalam talian yang tidak hanya terikat kepada medium pertukaran proses kewangan (FPX) tetapi dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit, serta melalui aplikasi Touch N go, GrabPay, Boost, DuitNow QR, dan Shoppe Pay.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh baginda sempena Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Di majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan berjumlah RM8,000.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan agihan
zakat MAIPs kepada seramai 20 orang asnaf)

Media Baharu