fb fb fb fb fb

Mohd Nor Hamzah dilantik Yang di-Pertua DUN Terengganu baharu

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 24 September- Bendahari PAS Terengganu, Datuk Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baharu bagi penggal ke-15.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Marang itu sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu bagi penggal lalu. 

ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Terengganu. 

Pencalonan Mohd Nor, 51 tahun dan Khazan Che Mat, 54 tahun telah dicadangkan Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong ADUN Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat. 

Mereka masing-masing mengangkat sumpah jawatan tersebut dihadapan Setiausaha DUN Terenganu, Zulkefly Isa. 

Pada majlis sama, seramai 32 wakil rakyat Terengganu turut mengangkat sumpah jawatan didahului Ahmad Samsuri yang juga ADUN Ru Redang diikuti yang lain. 

Mesyuarat Pertama Persidangan Pertama DUN Terengganu yang akan bermula 1 Oktober ini bakal mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya tanpa pembangkang.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu