fb fb fb fb fb

Skor CPI 2023 meningkat, SPRM terus komited cegah rasuah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited meneruskan usaha pencegahan dan operasi menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam bidang kuasanya.

Usaha itu susulan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International-Malaysia.

Malaysia telah berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, dari 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai.

Selain itu, laporan tersebut turut memaklumkan Malaysia telah berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50, iaitu peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing, untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM