fb fb fb fb fb

Skop pengecualian cukai perkhidmatan sektor logistik diperluas

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 11 Mac- Kerajaan bersetuju skop pengecualian cukai perniagaan kepada perniagaan (B2B) perkhidmatan logistik, diperluas.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan berkata usaha itu bagi mengurangkan cukai berganda daripada pengenaan cukai atas cukai bagi beberapa lapisan rantaian bekalan logistik.

Sebagai contoh, melalui peluasan skop pengecualian B2B, penyedia perkhidmatan penghantaran fret bukan sahaja mendapat pengecualian ke atas perkhidmatan fret tetapi turut layak mendapat pengecualian ke atas perkhidmatan lain.

Ini meliputi penggudangan, pelabuhan, perkapalan, dan kemudahan rantaian sejuk yang berada dalam butiran sama dengan perkhidmatan fret tersebut.

MOF akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri terutamanya daripada sektor logistik bagi memuktamadkan pindaan ke atas garis panduan bagi penguatkuasaan.

Selain itu, penyedia perkhidmatan logistik yang baru berdaftar diberi tempoh satu bulan persediaan dan cukai perkhidmatan enam peratus hanya akan dikenakan mulai 1 April 2024.

 

ROSLINA BINTI DIN