fb fb fb fb fb

SKMM, MITCH diminta tambah baik kemudahan jalur lebar bagi Orang Asli di Jasin

(FOTO RTM)

ASAHAN, 2 Julai-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Melaka ICT Holdings (MITCH) diminta menambahbaik capaian jalur lebar di kawasan perkampungan orang asli khususnya di sekitar Jasin.

Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Melaka, Fairul Nizam Roslan berkata pihaknya menerima aduan berkaitan perkara itu.

Menurutnya perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan pihak SKMM dan MITCH bagi tindakan lanjut.

"Kita mendapat aduan. Terdapat kekurangan capaian internet.

"Saya telah pun membawa perkara berkenaan ke pengetahuan SKMM dan MITC bagi tindakan susulan", katanya yang ditemui pada Program Sinar Zulhijjah Ibadah Korban Bersama Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Melaka di Kampung Orang Asli Gapam Baru di sini.

Tambahnya, beberapa penambahbaikan capaian jalur lebar telah dilakukan di Asahan dan Kampung Gapis.

(FOTO HIASAN)


 

Media Baharu