fb fb fb fb fb

SKMM akan pastikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan sesak tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diarah memastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terjejas terutamanya ketika pengguna berada di kawasan sesak.

Untuk itu suruhanjaya terbabit akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan isu terbabit.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta suruhanjaya tersebut mengambil tindakan.

"Suruhanjaya terbabit akan memastikan syarikat telekomunikasi dapat menawarkan perkhidmatan tanpa gangguan isyarat," katanya.


(Foto BERNAMA)

Ini termasuk ketika pengguna berada di lokasi sesak seperti perlawanan bola sepak.

Media Baharu