fb fb fb fb fb

PKPB cadang gaji minimum bagi belia lepasan latihan TVET

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) berharap kerajaan dapat menetapkan gaji minimum untuk belia yang memegang kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan kemahiran. 

Setiausaha Agungnya Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan hari ini berpandangan gaji minimum atau gaji pokok permulaan yang sesuai bagi belia lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga dua adalah sebanyak RM1,800 manakala RM2,000 bagi lepasan SKM tahap tiga.

Beliau berkata lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat pula boleh ditetapkan pada RM2,300 dan  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap empat (RM2,800).

Menurutnya kebanyakan majikan ketika ini menawarkan gaji untuk pemegang SKM tahap satu hingga tiga antara RM1,500 hingga RM1,700, DKM tahap empat (RM1,800 hingga RM1,900) dan RM2,000 bagi DLKM.

(Mohammad Rizan Hassan menjelaskan, kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak akan
menyebabkan kadar peningkatan pengangguran/FOTO IG mdrizanhassan)

“Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini kerana mereka ini menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan bersama pihak majikan dan industri,” katanya.
-BERNAMA

Media Baharu