fb fb fb fb fb

SKM harap kerajaan beri peruntukan lebih besar dalam Bajet 2023, rangsang pembangunan koperasi

LIPIS, 1 Oktober- Kerajaan diminta mempertimbangkan peruntukan lebih besar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam Bajet 2023 bagi merangsang pembangunan 14,834 koperasi di negara ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bajet besar kepada SKM dapat memacu pembangunan koperasi yang bilangan keanggotaan yang lebih besar berbanding Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Katanya, SKM agensi yang membangunkan koperasi yang memerlukan peruntukan besar bagi membantu lebih 7.1 juta keanggotaan individu koperasi.

Dalam hal ini ujarnya, setakat ini hanya tiga kerajaan negeri termasuk Pahang yang boleh dijadikan contoh menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM1 juta kepada koperasi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Wi Lipis Berhad (Kowilip) di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi Datuk Nazri Ngah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, ANGKASA memohon peruntukan RM10 juta bagi menjayakan program BA100 tahun 2023.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA),
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

Kita berharap peruntukan one off disalurkan kepada ANGKASA bagi menaikkan sistem peruncitan 3,000 kedai di seluruh negara.

Tambah beliau, BA100 diperkasa dengan matlamat menurunkan kos sara hidup rakyat, membantu koperasi dan IKS memasarkan barangan koperasi dan IKS selain membentuk gerakan koperasi menerusi ekosistem yang lengkap.

Media Baharu