fb fb fb fb fb

MAFI kenal pasti sungai berpotensi untuk pelepasan benih ikan atau udang, di Melaka

JASIN, 1 Oktober - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia giat melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan sumber perikanan di Melaka.

Ia termasuk mengenal pasti sungai-sungai yang berpotensi untuk pelepasan benih ikan atau udang.

Timbalan Menteri MAFI 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ini berikutan sumber perikanan di Melaka dilaporkan antara terendah di negara ini dengan pengeluaran hanya kira-kira 22 peratus berbanding negeri-negeri lain.

(Ahmad Hamzah bercakap dalam sidang media selepas hadir
pada program Jabatan Perikanan Melaka bersama Nelayan dan Penduduk Kampung Chohong, di sini)

"Dalam usaha untuk kita mempertingkatkan lagi sumber perikanan negeri Melaka kerana Melaka pada ketika ini adalah antara terendah dalam negara.

Sumber perikanan di Melaka kita ada hanya 22 peratus sahaja jadi dengan adanya usaha untuk kita mempertingkatkan lagi sumber perikanan dan mengenal pasti sungai-sungai berpotensi," kata Ahmad Hamzah di sini.

Antara sungai yang dikenal pasti berpotensi menyumbang sumber perikanan ketika ini ialah Sungai Chohong dan Sungai Rambai di sini serta Sungai Paya Lebar di Masjid Tanah.

Tambah Ahmad Hamzah, tahun lalu sebanyak 50,000 benih ikan lampam dan 50,000 benih ikan baung telah dilepaskan ke Sungai Chohong.

Manakala awal tahun ini sebanyak 100,000 benih udang galah dilepaskan di di Sungai Rambai.

Media Baharu