fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Jalan Bentong-Gua Musang dibuka semula Rabu depan

(Kerja pembaikan bermula 20 Januari lalu selepas berlaku runtuhan pada November 2021)

KUALA LUMPUR,1 Oktober- Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lalu, dijadual dibuka semula 5 Oktober ini selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap sepenuhnya.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kini kerja pembaikan hanya tinggal menyiapkan garisan jalan dan pembersihan tapak.

Menurut kenyataan beliau, kerja pembaikan bermula 20 Januari lalu selepas berlaku runtuhan pada November 2021.

Berlaku sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat ketika proses pembaikan pada 18 Mac.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu untuk memastikan kelancaran projek infra rakyat.

"Selain menghargai Jabatan Kerja Raya negeri dan daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

(Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun
lalu, dijadual dibuka semula 5 Oktober ini)

Media Baharu