KUALA LUMPUR, 9 Mac- Tiada cadangan untuk mewujudkan skim pencen bagi warga emas yang berumur 65 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan mahupun pencen perkeso
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)
"Pada masa ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan sosial dalam bentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti bantuan warga emas yang berjumlah RM500 sebulan.
"Penubuhan pusat aktiviti warga emas, di institusi seperti rumah Sri Kenangan dan rumah ehsan serta program-program yang menggalakkan penuaan produktif melalui penyediaan ruang dan peluang pada warga emas untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi walaupun dalam skala kecil-kecilan," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang bertanyakan mengenai cadangan Pelaksanaan skim pencen warga emas yang tidak menerima pencen Kerajaan ataupun pencen PERKESO.
Tambahnya juga, Dasar Warga Emas Negara telah mengariskan enam strategi utama, salah satunya berkenaan keselamatan dan perlindungan yang memberi fokus kepada keterjaminan hak dan akses warga emas kepada keperluan asas.
Selain keselamatan sosial, perlindungan kepada pengabaian, penganiayaan dan penderaan.