fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju beri pengurangan cukai taksiran

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kerajaan bersetuju memberi pengurangan cukai taksiran fasa 2 di Putrajaya kepada pemilik kediaman strata, selain rumah mampu milik sebanyak 5% dan pemilik kediaman teres sebanyak 20%.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurangan cukai diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas tahun 2017, di mana potongannya diberikan terhadap jumlah cukai taksiran yang dikenakan.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres, ia akan dilaksana bermula 1 Julai ini sehingga penilaian semula Perbadanan Putrajaya.

Beliau mengambil maklum keluhan pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Ia selaras aspirasi Malaysia MADANI melalui elemen Ihsan bagi mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup khususnya golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya.

Media Baharu