fb fb fb fb fb

Skim Infak Fisabillah perkasa dana MAIK

Datuk Paduka Syeikh Fadzil Awang

ALOR SETAR, 19 Mei- Syarikat-syarikat korporat, institusi perbankan dan individu diseru tampil membantu menyalurkan apa jua sumbangan bagi memperkasa dan meningkankan dana Baitulmal Majlis Agama Islam Kedah.

Mufti Kedah merangkap Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Kedah, Datuk Paduka Syeikh Fadzil Awang berkata, mereka yang berkemampuan boleh membantu menerusi Skim Infak Fisabillah bawah Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah.

"Kita menyeru kepada individu, syarikat dan bank di luar sana untuk bersama-sama dengan kita menyertai skim fisabillilah. Ia untuk memperkasakan, meningkatkan dana untuk kita salurkan kepada beberapa skim yang telah kita wujudkan.

"Seperti skim pelupusan al-Quran kita baru laksanakan dan projek telaga air insya-Allah dana-dana yang kita perolehi ini akan disalurkan kepada skim tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis perhargaan Sumbangan Public Islamik Bank Berhad  di sini.

Pada majlis sama turut diadakan penyerahan Projek Kabin Guru Kelas al_quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Projek Mini Skim Pengurusan Buku Teks (SPBT) KAFA 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Islamik Bank Berhad, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi yang turut hadir ke majlis itu menyifatkan ia sebagai usaha untuk membantu masyarakat Islam.

"Insya-Allah sebagai wakil korporat dan institusi perbankan Islam, Public Islamic Bank akan sentiasa melihat kepada peluang-peluang untuk melihat membantu menjayakan usaha-usaha umat islam," katanya.

Selain sumbangan berbentuk kewangan, pihaknya turut melaksanakan projek Kabin Guru KAFA yang telah diserahkan kepada dua buah sekolah KAFA yang dijadikan pejabat bagi keselesaan guru.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI