LABUAN, 19 Mei - Seramai 600 orang menyertai dua acara yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Labuan 2024.
Daripada jumlah itu, seramai 512 peserta telah mengikuti acara 'Fun Walk' sejauh tiga kilometer yang bermula dan tamat di Ujana Kewangan Labuan.
Pelepasan peserta berjalan kaki itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.
Turut diadakan ialah acara 'Fun Ride' yang disertai seramai 110 peserta berbasikal dan ia disempurnakan oleh Pengarah JBS Labuan Mahanum Fauzi.
Peserta berbasikal sejauh 32 kilometer mengelilingi Labuan diketuai oleh Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi.
Penganjuran program tersebut sebagai usaha menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya belia.
Ia juga sebagai mengisi masa lapang masyarakat pada hujung minggu disamping dapat menjalin hubungan silaturahim antara peserta terlibat.