fb fb fb fb fb

SJKP terus diperkasa, jaminan pemilikan rumah

Akmal Nasrullah Nasir

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Inisiatif i-Biaya menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) terus diperkasa bagi memberi jaminan meningkatkan pemilikan rumah khususnya membabitkan golongan belia.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Nasir berkata, bawah inisiatif itu juga, SJKP telah menambah baik inisiatif tersebut selain menyediakan nilai jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion.

SJKP memberi peluang kepada pembeli rumah pertama golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap  terutama golongan ekonomi gig.

Manakala pembiayaan juga tidak terhad untuk kediaman baru tetapi termasuk rumah sedia ada atau rumah lelongan.

"Bawah Belanjawan 2024, kerajaan juga telah bersetuju utk meningkatkan jaminan pembiayaan dengan nilai tambahan jaminan sebanyak RM10,000.

"Sepanjang pelaksanaan sebanyak 26,645 daripada 30,841 permohonan pinjaman diluluskan bagi golongan belia. Ia kira-kira 86.43 peratus," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Senator Tan Sri Dr. Mohamed Haniffa Abdullah di Dewan Negara.

Dalam pada itu, menerusi 162 Program Perumahan Rakyat (PPR), dianggarkan 100,696 unit rumah telah siap dibina setakat 31 Oktober lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI